Thursday, July 21, 2016

Pokok Melunak Terbesar Di Malaysia, Taman Negara Tasik Kenyir

Pokok Melunak terbesar di Malaysia ni terletak di Taman Negara Tasik Kenyir dan bersebelah dengan Gua Bewah.

Untuk ke pokok melunak sebesar 26 pelukan dan setinggi 100 meter ini, ia mengambil masa 6 jam dengan menaiki houseboat atau rumah bot. Dan perlu trekking dalam 30 minit untuk ke pokok melunak ini.


Trekking ke pokok melunak
Trekking ke pokok melunak

Pokok Melunak Terbesar di Malaysia
Pokok Melunak Terbesar di Malaysia

pokok melunak tasik kenyir
Pokok melunak sebesar 26 pelukan.

Tuesday, July 12, 2016

Gua Bewah, Tasik Kenyir

Gua Bewah terletak di Taman Negara Tasik Kenyir. Ia adalah salah satu gua yang sangat popular di Tasik Kenyir. Ia mempunyai banyak kisah sejarah purba.

Untuk ke Gua Bewah, ia mengambil masa 6 jam dengan menaiki houseboat. Suasananya perjalanan ke sana amatlah cantik dan indah.

Gua Bewah, Tasik Kenyir

Pandangan sisi Gua Bewah bersama Square Kenyir Houseboat

Pandangan dari Gua Bewah

Kesan peninggalan penduduk Gua Bewah

Pameran

Penemuan rangka manusia purba


Tuesday, May 17, 2016

5 Kelebihan Square Kenyir Houseboat

Mesti ada dikalangan anda yang bertanya apa kelebihan Square Kenyir Houseboat banding bot lain. OK.. Mari kita lihat apa 5 kelebihan yang ada pada bot kami.

5 kelebihan yang ada pada Square Kenyir Houseboat

1. Kemas
Bilik untuk 4 orang

2. Pagar berjaring untuk keselamatan

3. Crew yang sporting dan mesra alam


4. Karaoke dengan beribu lagu

5. Dan yang penting letrik 24jam diberikan supaya boleh charge bateri camera, handphone, kipas dan berkaraoke semasa bot berjalan

Makanan dan minuman HALAL saja yang dibenarkan

Untuk makluman semua, kami tidak benarkan membawa sebarang makanan atau minuman yang TIDAK HALAL. Termasuk juga sebarang dadah. Ia diharamkan sama sekali. HARAP MAKLUM..

Pork and alcohol are not allowed!

Taman Herba, Tasik Kenyir

Tanam Herba Tasik Kenyir terletak di Pulau Sah Kecil yang mengambil masa satu jam untuk tiba disini dengan menaiki houseboat. Ia adalah salah satu taman yang popular di Tasik Kenyir.

Disini kita boleh menikmati air rebusan herba secara percuma..

Selamat Datang ke Taman Herba - Square Kenyir Houseboat



Tanduk Rusa orang kampung panggil..

Pondok harmoni taman herba

Air rebusan herba boleh minum free

Macam goreng pisang panas!

Monday, May 16, 2016

Air Terjun Saok, Tasik Kenyir

Air Terjun Saok adalah air terjun kedua popular di Tasik Kenyir. Ia juga adalah air terjun yang paling dekat untuk dilawati. Ia cuma mengambil masa satu jam sahaja dengan menaiki houseboat.

Camp site dan tandas juga disediakan oleh KETENGAH.

Aktiviti yang boleh buat disini adalah berkhemah, memancing, mandi air terjun, mandi tasik, water confident, BBQ dan lain-lain.

Yang bestnya disini, musim durian boleh makan durian free.. hehe

Selamat datng ke air terjun saok - Square Kenyir Houseboat

Air Terjun Lasir, Tasik Kenyir

Air Terjun Lasir adalah air terjun yang paling popular di Tasik Kenyir. Untuk ke Air terjun lasir, kita perlu menaiki houseboat. Ia mengambil masa antara 2-3 jam untuk tiba di sana.

Kemudahan seperti jeti, tandas, tapak perkhemahan, jabatan gantung dan laluan jungle trecking telah disediakan.

Aktiviti menarik yang boleh buat di air terjun lasir adalah jungle trecking, mandi air terjun, mandi tasik, fotografi, berkhemah, berkayak dan lain-lain lagi.

Sungai Lasir - Square Kenyir Houseboat

Jeti Sungai Lasir - Square Kenyir Houseboat

Air Terjun Lasir - Square Kenyir Houseboat

Jambatan Gantung Air Terjun Lasir - Square Kenyir Houseboat